KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ICT KEPADA MASYARAKAT
Dalam era globalisasi dan ledakan maklumat, ICT sangat cepat berkembang dalam kehidupan manusia hari ini – mereka yang tidak menguasai ICT dianggap ketinggalan – Contoh kemudahan ICT ialah internet, telefon dan Astro – membawa banyak faedah dan keburukan kepada masyarakat.
Faedah ICT
1. Boleh mendapat maklumat secara mudah dan lebih terperinci – pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah – maklumat dapat diakses secara mudah – maklumat berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara dan sebagainya.
2. Boleh menghubungkan kita ke seluruh dunia – laman-laman social yang wujud seperti Facebook, twitter dan Myspace – manusia dapat berkenalan – dapat mengenali rakan-rakan luar – menghubungkan semula dengan rakan-rakan lama.
3. Memudahkan urusan harian manusia – pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai – boleh dibuat secara dalam talian – tidak perlu beratur panjang dan dapat menjimatkan masa.
4. Dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas – berita disampaikan secara atas talian dari seluruh dunia– tidak perlu menunggu – perkembanga dunia yang terkini dapat diperolehi.
Keburukan ICT.
1. Fitnah dapat disebarkan secara lebih mudah – sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat – maklumat sahih sukar ditentukan
2. Pelajar leka dengan penggunaan internet – mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain – seperti membantu ibu bapa, hidup bermasyarakat dan sebagainya – membuang masa dengan bermain game
3. Terdedah kepada perkara tidak baik – cerita lucah, gambar lucah dan bicara lucah – merosakkan akhlak dan jiwa remaja – boleh mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik.
4. Bertambahnya kes jenayah seperti kecurian – remaja terpaksa mencari duit untuk mengunjungi pusat-pusat siber atau menambah nilai telefon bimbit – ada yang mencuri duit ibu bapa, merompak dan meragut.
Kebaikan ICT memang tidak dapat dinafikan - namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan kesan negatif – masyarakat perlu saling mengingatkan agar ICT mampu memberi faedah yang berguna untuk kepentingan masa hadapan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan post anda mengenai kebaikan dan keburukan ICT.kita sebagai individu haruslah bijak dalam melakukan sesuatu terutamanya penggunaan ICT agar tidak disalahgunakan.Sememangnya kita tidak boleh tolak arus pembangunan ICT,sebaliknya menggunakan dengan menggunakan akal fikiran.Bezakan mana yang baik,mana yang buruk.Harap masyarakat dapat jadikan info ini sebagai panduan khususnya golongan remaja.
ReplyDeleteNAMA:NUR SALWANI BINTI MISLAN
NO MATRIK: A132969
Tidak dinafikan terdapat keabikan serta keburukan ICT kepada masyarakat. Teknologi kini semakin meluas sehingga boleh dikatakan tidak terbatas dan tiada had kepada penggunaannya. Masyarakat perlu pandai mengatur kehidupan mereka selaras dengan pembangunan teknologi dan inovasi pada masa kini. Janganlah pula kita terikut-ikut dengan era globalisasi yang semakin hari diancam dengan jenayah siber. Mencegah lebih baik dari mengubati, janganlah kita sudah terhantuk baru terngadah.
ReplyDeleteMasyarakat perlu sedar kemajuan teknologi bertujuan
ReplyDeletemempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu,
serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea.
Akan tetapi, pengaruh budaya luar, terutama dari barat,
telah merosakkan minda masyarakat kita, yang selama ini
terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan
santun. Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasi
yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri
seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu
menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba
mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha
kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu
dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing
dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai
teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara.
NAMA:NAZATUL ATHIRAH BINTI ABDUL KHALIL
NO MATRIK:A133487
ICT adalah alat yang memudahkan kehidupan harian kita dalam pelbagai cabang, baik atau buruk kesannya adalah disebabkan diri kita sendiri.oleh itu kita perlu bijak menggunakan kemudahan yang ada.
ReplyDeleteSaya bersetuju bahawa ICT adalah suatu alat yang memudahkan kerja-kerja harian terutamanya kepada pelajar-pelajar universiti dalam menyiapkan assignment. Walaupun ICT ini mempunyai kebaikan dan keburukanya, sebenarnya penggunaan ICT ini juga bergantung kepada sifat individu itu sendiri. Sekiranya sudah memang sifat individu itu hanya mempunyai kemudahan ICT ini untuk tujuan kebaikan maka adalah kebaikannya dan jika sifatnya hanya untuk mencari salah orang lain maka adalah keburukannya.
ReplyDeleteKesimpulannya, ICT itu wujud hanya untuk memudahkan urusan harian dan penggunaannya adalah bergantung kepada sifat individu itu sendiri.
sekian... :)
nama: Siti Zaharah Binti Mohd Tumari
Matrik: A132516
Kemudahan teknologi sememangnya penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Masing-masing berebut untuk mencipta teknologi yang lebih canggih dan ingin mengalahkan teknologi antara satu sama lain. Situasi ini berlaku di negara-negara maju di mana mereka sering mengeluarkan peralatan yang lebih canggih. Sekiranya dahulu kita menggunakan telefon yang bersaiz besar tetapi sekarang telefon sudah dalam pelbagai saiz,jenis, warna dan fungsi. Begitu juga dengan peralatan ICT yang lain seperti komputer, internet dan sebagainya. Sesuatu perkara memang akan ada baik dan buruknya tetapi semua itu bergantung kepada diri kita untuk mengawal diri dari terjebak dengan keburukan yang dibawa oleh kemudahan ini.
ReplyDelete