lola

GAMBAR INOVASI

1. SEJADAH ELEKTRONIK
Dikenali dengan nama Sajjadah 1426, produk inovatif ini dikatakan dapat menyediakan platform yang bersih dan membangkitkan atmosfera iaitu suasana atau nilai-nilai corak yang lebih menjurus kepada keindahan atau kecantikan semasa sedang bersolat. Terdapat beberapa alternatif teknologi pada sejadah ini iaitu mini LEDs, fibre optics, EL wire embroidery dan EL panel. Canggih memang canggih, tapi bolehkah umat Islam menggunakan sejadah ini untuk bersolat? Apakah hukumnya? Wallahualam.

2. TELEFON MASA DEPAN
Alatan ini beroperasi dengan menggunakan deria bau, penglihatan, pendengaran, dan sentuhan. Ia dapat mengesan, menghantar, dan mengeluarkan bau. Ia juga boleh memancarkan warna-warna, cahaya, dan suhu   dari persekitaran pemanggil.

3. KAMERAAmat sesuai bagi golongan muda-mudi selain boleh dijadikan aksesori tambahan seperti rantai. Saiznya yang kecil menyebabkannya ia mudah dibawa. Ia mudah digunakan dengan cuma menekan butang kecil dan gambar yang ditangkap akan terpapar di skrin. Ia juga mempunyai resolusi yang tinggi, 8 megapiksel dan Bluetooth 4.0.

4. LAMPU SULUHBagi mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan, lampu ini amat sesuai dan fleksibel untuk digunakan. Lampu ini boleh dibentuk sesuai dengan keperluan individu berkenaan. Konsepnya diperbuat daripada sekeping 'silicon pad' yang dihujungnya diletakkan lampu-lampu LED. Pengguna boleh menggulungnya mengikut kesesuaian.

5. MAPTOR ( MAP + PROJECTOR )MAPTOR ini amat sesuai untuk pengembara ataupun pelancong asing dalam mencari lokasi yang ingin dituju. Ia berfungsi seperti lampu suluh yang bertindak sebagai projektor yang memaparkan peta sesuatu kawasan. Sistem GPS telah di 'instal' di dalamnya selain turut mempunyai aplikasi Bluetooth. Peta boleh dimuat turunkan dengan menggunakan aplikasi Bluetooth. Saiz peta juga boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesesuaian.

6. MESIN BASUH UNIK BERSOFAMesin cuci alternatif ini adalah konsep mesin cuci yang berfungsi juga sebagai sofa. Mesin ini memiliki dua fungsi operasi, aktif dan pasif yang keduanya memungkinkan anda untuk duduk di atas mesin cuci ini. Mesin ini tidak memerlukan sabun dan air, bahagian dalam mesin ini berfungsi sebagai 'pressure washer' dan juga membersihkan pakaian dengan udara yang dionisasi yang bererti tidak perlu mengeringkan pakaian anda juga. Jadi mesin ini adalah alat yang unik untuk menjimatkan penggunaan air.

7. EXTERNAL HARDISK UNTUK 100 TAHUN PENYIMPANAN

External hardisk 'Sandisk' ini tidak sama dengan external hardisk di pasaran. Ia mampu menyimpan data seperti foto, video, dan fail-fail lain selama 100 tahun lebih. Data yang disimpan dijamin selamat tanpa kerosakan. External hardisk yang diberi nama Sandisk Memory Vault ini bersaiz mini. Rupa bentuknya sudah dirancang sedemikian rupa untuk bertahan dalam jangka masa yang sangat panjang.



8. PHONESOAP
Alat ini mampu membersihkan telefon bimbit anda sekaligus bertindak sebagai pengecas bateri. Dengan menggunakan sinar UV-C, PhoneSoap ini mampu membunuh dan menghapuskan semua kuman yang terdapat pada telefon bimbit anda.




9. CHARGER MENGGUNAKAN SUMBER TENAGA MATAHARI
Volta Solar Charger memang terlalu besar saiznya jika hendak dibandingkan dengan charger tenaga matahari yang lain. Namun ia boleh dilipat dan mudah untuk dibawa kemana-mana jua anda berada. Turut dilengkapi dengan standard AC/DC plugs, mini USB, dan port khusus dari Apple. Ia amat sesuai bagi penggemar aktiviti outdoor. 




10. LANTAI  INTERAKTIF
Penemuan terbaru daripada IBM ini mampu mengenalpasti sesiapa yang berdiri di atasnya. Ia dapat melindungi rumah anda daripada dimasuki orang yang tidak dikenali. Ia dapat mengenali setiap anggota keluarga daripada bentuk dan berat. Jika ada orang yang tidak dikenali dikesannya, lantai interaktif ini akan segera membunyikan alarm. 

No comments:

Post a Comment